Wednesday 13 April 2011

Dahulu Dikenali Sebagai Pusat Pendidikan Luar(PPL)

Pusat Pendidikan Luar (PPL) telah ditubuhkan hasil daripada penggabungan Institut Pembelajaran dan Pendidikan Jarak Jauh (IDEAL) dan Pusat Program Luar (PPL) pada 1 Januari 2004.Penggabungan dua pusat ini merupakan hasrat pengurusan Universiti yang ingin melihat organisasi baru ini akan lebih mantap di bawah pusat tanggungjawab baru iaitu Pusat Pendidikan Luar. Ini selaras dengan matlamat ke lapan UPM menjadikan Universiti Putra Malaysia sebagai Pusat Pembagunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan yang cemerlang. Penggabungan ini telah memberikan sinar baru kepada PPL untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan Program Kerjasama UPM - IPTS.
Penubuhan IDEAL adalah berdasarkan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam menawarkan Program Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Putra Malaysia telah mengambil peluang ini dengan membuat penyusunansemula Unit Pendidikan Lanjutan (UPL) bagi menubuhkan IDEAL. IDEAL telah dimulakan dengan pengambilan pertama pelajar Program PJJ bagi Bacelor Sains Komputer dan Master Sains (Pembanguna Sumber Manusia) pada Semester Disember 1995/96. Kaedah pembelajaran PJJ adalah melalui pembelajaran secara kendiri dengan bimbingan tutor yang dilantik di Pusat Pusat Pembelajaran PPL.
Pusat Program Luar pula ditubuhkan atas dasar pendemokrasian dan liberalisasi pendidikan negara yang digalakkan oleh kerajaan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat UPM untuk membawa pendidikan tinggi ke pintu rumah. Selaras dengan hasrat di atas, UPM memulakan jalinan kerjasama dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membolehkan IPTS berkenaan menjalankan program-program pengajian UPM dengan seliaan UPM yang kini di panggil Program Kerjasama. Sejak taun 1997,kerjasama dengan IPTS meningkat mengikut perkembangan pendidikan negara yang menekankan pertambahan akses dalam negara dan pengurangan bilangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian tinggi di luar negara.

Selamat Datang